flash

Selasa, 7 Ogos 2012

TAYAMUM (Siri 1)

TAYAMUM 


PENGERTIAN TAYAMUM


Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu.


Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.

SEBAB-SEBAB DIBOLEHKAN TAYAMUM


1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.

2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.


3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan