Lafaz Niat Solat Berjemaah
Niat Imam :
أصلى فرض الظهر اربع ركعات أدأ امامالله تعالى .
Maksudnya :Sahaja aku bersolat fardhu Zohor empat rakaat tunai Imam kerana Allah Ta'ala .
Niat Makmum :
أصلى فرض الظهر اربع ركعات أدأ مأمومالله تعالى .
Maksudnya :Sahaja aku bersolat fardhu Zohor empat rakaat tunai Makmum kerana Allah Ta'ala .
Kedudukan Imam Dan Makmum
Muafik Dan Masbuk .
Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-Fatihah bersama Imam dalam rakaat pertama.
Makmum Masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama Imam dalam rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya .
Kelebihan Solat Berjemaah .
> Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian .
> Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam .
> Membantu menambah khusyuk dalam solat .
> Hidup diberkati Allah .
> Berpeluang menambah ilmu .


Tiada ulasan:
Catat Ulasan