PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
- Fardhu ain pada solat Jumaat;
- Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
- Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Hukum Solat Berjemaah
- Fardhu Kifayah keatas orang lelaki di sesuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali solat Jumaat .
- Fardhu Ain keatas setiap lelaki bagi solat Jumaat .
- Sunat bagi solat-solat sunat seperti solat solat hari raya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan