flash

Jumaat, 10 Ogos 2012

INI BLOG SAYA


Alhamdulillah dengan berkat kesabaran belajar sendiri dengan bergurukan internet akhirnya dapat juga saya menghasilkan blog ini untuk tatapan pensyarah, rakan-rakan, masyarakat dan insyaallah untuk maklumat pada anak-anak didik saya pada akan datang .

Di harap isi kandungan yang terdapat didalam blog saya ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan kepada semua khusus nya pada masyarakat di luar sana. Saya percaya dengan medium kuasa internet pada zaman sekarang inilah seperti blog pendidikan akan menjadi satu medium perantaraan antara murid - ibubapa - guru - masyarakat.

Akhir kata , semoga blog ini akan berterusan di kemaskini dan bukan sekadar berhenti disini sahaja . Wassalam....

Khamis, 9 Ogos 2012

SOLAT BERJEMAAH (Siri 2)




Lafaz Niat Solat Berjemaah


Niat Imam :

 أصلى فرض الظهر اربع ركعات أدأ امامالله تعالى . 

Maksudnya :
Sahaja aku bersolat fardhu Zohor empat rakaat tunai Imam kerana Allah Ta'ala .


 Niat Makmum :

 أصلى فرض الظهر اربع ركعات أدأ مأمومالله تعالى .

Maksudnya :
Sahaja aku bersolat fardhu Zohor empat rakaat tunai Makmum kerana Allah Ta'ala .


Kedudukan Imam Dan Makmum




Muafik Dan Masbuk .

Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-Fatihah bersama Imam dalam rakaat pertama.

Makmum Masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama Imam dalam rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya .

Kelebihan Solat Berjemaah .


> Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian .
> Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam .
> Membantu menambah khusyuk dalam solat .
> Hidup diberkati Allah .
> Berpeluang menambah ilmu .

SOLAT BERJEMAAH (Siri 1)



PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.


Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Hukum Solat Berjemaah  


- Fardhu Kifayah keatas orang lelaki di sesuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali solat Jumaat .
- Fardhu Ain keatas setiap lelaki bagi solat Jumaat .
- Sunat bagi solat-solat sunat seperti solat solat hari raya .